Sunday, December 6, 2009

Sederhana Itu Indah


Tiada siapa yang sempurna untuk mengingatkan setiap orang agar selalu bersikap wajar dan menerima setiap insan seadanya. Dalam memilih pasangan janganlah terlalu tinggi menetapkan kriteria calon pasangan yang diimpikan. Perkara utama yanng perlu dilihat adalah diri kita sendiri. Jangan mengharapkan kesempurnaan orang lain jika diri sendiri tidak sebegitu sempurna.Semua orang mengingini yang terbaik untuk diri sendiri, apatah lagi jika untuk persiapan masa depan. Walaubagaimanapun ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan sebelum memutuskan untuk menjadikan si dia sebagai pasangan istimewa.AgamaAgama merupakan hal yang sangat penting. Jangan sesekali mengambil risiko bercinta dengan orang yang tidak seagama kerana ianya akan menimbulkan banyak persoalan dikemudian hari. Walaupun seagama pilihlah yang betul-betul mendalami agama agar dapat mendidik dan membimbing antara satu sama lain.Hati KamuTanyakan pada hati kecil kamu sendiri, semua orang pasti menginginkan pasangannya mempunyai penampilan fizikal yang menawan dengan paras rupa yang cantik, tampan, sasa dan sebagainya. Namun adakah dia benar-benar kriteria pasanganmu? Tepuk dada tanya selera, jika di hati hanya inginkan yang sederhana dalam penampilan, tak perlulah memaksa diri sebegitu.PerasaannyaBagaimana perhatian dan perasaannya padamu? Jika setiap hari mengatakan sayang dan cinta tetapi tidak pernah membuktikan dan berkorban untukmu itu hanyalah kata-kata manis yang terungkap di bibir sahaja.BersosialPerhatikan cara dia berinteraksi dan bersosial dengan orang seklilingnya. Adakah dia jenis yang pendiam atau jenis yang peramah melayani orang ramai? Bagaimana dengan kamu? Biasanya orang pendiam temannya adalah orang yang peramah dan sebaliknya.KomunikasiKomunikasi dalam perhubungan adalah sangat penting, perhatikan bagaimana bentuk komunikasi yang telah terjalin selama berkenalan dengan si dia contohnya maklum balas yang diberikan setiap kali berbincang. Adakah dia seorang pendengar dan penasihat yang baik dan adakah dia akan menjawab soalan kamu dengan baik?LatarbelakangAdakah si dia dari keluarga yang baik²? Bagamaimana pula dengan pendidikkannya? Kemampuan menganalisasi dan kreativiti adalah penting untuk sesuatu perhubungan, adakah anda inginkan ianya staraf dengan anda atau bagaimana?PekerjaanUntuk jaminan masa depan, pekerjaannya adalah yang utama, samada kukuh kedudukan atau kewangannya inilah yang menjamin masa depan. Namun janganlah terlalu materialistik walaupun sifat ini ada pada setiap orang. Tipu kalau tidak ada yang bertanggapan sebegitu, kecuali mereka yang mabuk cinta dan berperinsip "Yang Penting Dia Sayang dan Cintakan Saya".

No comments:

Post a Comment